Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus


Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus
Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus | TUARAN: Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan anggota polis marin, Konstabel Zakiah Aleip yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, (KDNKA) Bukit Aman, Senior Deputi Komisioner Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.

Katanya, Zakiah Aliep yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lalu berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.

"Kita tengah berunding... kini mereka menuntut 40 juta peso, kadarnya ada naik dan turun, mereka ada memberi sepuluh hari dan kita tunda... rundingan masih boleh diteruskan.

"Apa yang penting, kalau boleh kita mahu membuat pembebasan tanpa sebarang bayaran dan pihak sana boleh membebaskannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan ke rumah bapa Zakiah di Kampung Tinuhan, di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin, Datuk Abd Aziz Yusoff.

Muhammad Fuad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pasukan keselamatan Filipina untuk meneruskan rundingan dan menurutnya Zakiah telah menghubungi keluarganya sebanyak 82 kali sejak dilarikan kumpulan penculik itu.

Ditanya lokasi Zakiah Aliep ditawan, beliau berkata kumpulan penculik dipercayai sentiasa bergerak dan berpindah tempat persembunyian berkemungkinan di kawasan hutan.

"Isterinya tidak tahu di mana dia berada kerana melalui percakapan dengan Zakiah, kumpulan itu sering berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Apabila isteri cuba bertanya pihak sana tidak mahu mendedahkan lokasi. Apabila mereka rasa tidak selamat akan pindah dan pindah di kawasan pedalaman kemungkinan kawasan hutan," katanya.

Beliau berkata, pasukan polis akan berusaha dan bertangungjawab sepenuhnya untuk menentukan keselamatan Zakiah dan kembali ke pangkuan keluarga.

"Kita mahu dia dibebaskan dengan selamat dan oleh sebab itu, kita mengambil masa tiga bulan (untuk berunding) dan keadaan masih terkawal dan dia (Zakiah Aleip) masih okay kerana kita tahu pihak sana tidak mendera dan memukul ... kita perlu ambil masa," katanya.

Berhubung lawatan kebajikan itu, Muhammad Fuad berkata, ia sebagai tanda sokongan kepada keluarga Zakiah dengan menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Zakiah iaitu Juna Gumbur, 54, dan Aliep Sadu, 54, serta isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 22, dan anak mereka, Muhd Hisyam Izzuddin yang berusia tujuh bulan.

"Kita memberi harapan kepada keluarga Zakia bahawa pasukan polis sentiasa mengambil berat dari segi kebajikan dan kita ada orang yang tengah membuat rundingan ... kita hendak beliau (Zakiah) bebas dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fuad berkata, pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lalu juga dipercayai berada dalam keadaan selamat dan rundingan juga sedang diadakan dengan pihak penculik bagi pembebasannya tanpa bayaran tebusan. - Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus

Sumber : Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus

zakiah aleip tebusan filipina
penculikan kumpulan penceroboh
40juta peso wang tebusan
zakiah aleip menelefon keluarga sebanhyak 82 kali
lokasi persembunyian zakiah aleip sering berubah berpindah
bantuan keluarga zakiah aleip dijalankan
Rundingan pembebasan Konstabel Zakiah Aleip belum ada kata putus