Pelancaran Perodua Axia - Specifikasi dan harga


Pelancaran Perodua Axia - Spesifikasi dan harga
Pelancaran Perodua Axia - Spesifikasi dan harga | Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan model terbaru Perodua Axia yang jimat tenaga/bahan api di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam ini (15.09.2014).

Perodua Axia dijual pada harga RM24,600 hingga RM42,530 serta didatangkan dalam empat varian dan lapan warna.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Perodua Axia 1.0 E


Pilihan varian paling rendah atau asas untuk model Axia ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;

  • Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
  • Kombinasi Lampu belakang dari LED
  • Tempat duduk jenis fabrik
  • Tingkap berkuasa elektrik
  • Indikator ECO Drive (kawalan untuk cekap bahan bakar)
  • Stereng berkuasa
  • Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
  • Immobiliser
Harga
  • 1.0 E Manual – RM24,900 (solid)
  • 1.0 E Manual – RM25,300 (metalik)

Perodua Axia 1.0 G


Kepada yang mahukan transmisi automatik, varian ini merupakan model terendah dengan pilihan transmisi auto. Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi manual dengan lima kelajuan.

  • Rim aloi bersaiz 14 inci
  • Remote control entry and alarm
  • Sensor undur
  • Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
  • Bilah pengelap cermin belakang serta defogger
  • Pemain CD dengan empat pembesar suara
  • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
  • Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
  • Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
  • Tali pinggan kaledar dengan penggera
Harga
  • 1.0 G Manual – RM32,800 (solid)
  • 1.0 G Manual – RM33,200 (metalik)
  • 1.0 G Automatik – RM34,800 (solid)
  • 1.0 G Automatik – RM35,200 (metalik)

Perodua Axia 1.0 SE


Pilihan Axia 1.0 SE pula mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan pilihan asas E dan G. Senarai ciri-ciri yang ditambah untuk model 1.0 SE berbanding 1.0 G;

  • Lampu hadapan jenis projektor
  • Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
  • Lampu kabus
  • Sensor hadapan untuk parkir
  • Gril hadapan dengan kemasan krom
  • Unit Audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
  • Tempat duduk jenis Semi-bucket
  • Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
  • Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
  • ABS, EBD dan bantuan brek
  • Filem cermin keselamatan (Security tint film)
Harga
  • 1.0 SE Manual – RM37,900 (solid)
  • 1.0 SE Manual – RM38,300 (metalik)
  • 1.0 SE Automatik – RM40,900 (solid)
  • 1.0 SE Automatik – RM41,300 (metalik)

Perodua Axia 1.0 Advance


Pilihan varian paling tinggi atau premium ialah Perodua Axia 1.0 Advance. Maaf, varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja – tiada manual. Luaran seperti model SE, namun ada penambahan di bahagian dalaman;

  • Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Stereng dengan balutan kulit disamping terdapat butang kawalan audio
Harga
  • 1.0 Advance Automatik – RM44,900 (solid)
  • 1.0 Advance Automatik – RM45,300 (metalik)

Perodua Axia - Specifikasi dan harga
Perodua Axia - Specifikasi dan harga

Pilihan di tangan anda. Jika anda menginginkan sebuah kenderaan mampu milik yang mempunyai ruang simpanan barang yang selesa, pemanduan yang selamat, jimat bahan bakar dan mudah dikendalikan, maka Perodua Axia la jawapannya.

Ingat! Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukannya hawa nafsu mahupun emosi. Jadilah pengguna bijak demi masa depan yang cerah..

perodua axia
spec axia
harga perodua axia
perodua axia pandu uji
gambar axia
perodua axia testimoni
pelancaran perodua axia
specifikasi perodua axia
axia jimat minyak
harga runtuh perodua
kereta baru perodua