Mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas


Mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas
Mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas | KUALA LUMPUR: Sebanyak 197,477 komputer yang dijadikan mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas dalam tempoh dua tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata rampasan terbabit adalah dalam tempoh Januari 2013 hingga Ogos lalu.

"Selain rampasan terbabit, seramai 2,500 orang didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala 1,753 orang didakwa mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN - Titiwangsa) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Source : Berita Harian

Rampasan terbesar dalam tempoh dua tahun di Mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas.