lebih 80 panggilan telefon diterima keluarga Zakiah Aliep


lebih 80 panggilan telefon diterima keluarga Zakiah Aliep
lebih 80 panggilan telefon diterima keluarga Zakiah Aliep | TUARAN: Keluarga Konstabel Zakiah Aleip, 27, anggota polis yang masih ditawan oleh kumpulan penculik di selatan Filipina, sudah menerima lebih 80 panggilan telefon daripadanya setakat ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, berkata Zakiah juga berada dalam keadaan baik dan selamat.

"Dia (Zakiah) selamat dan berada dalam keadaan baik, namun mungkin dalam keadaan penat kerana dipercayai selalu dibawa berpindah.

"Rundingan bersama kumpulan penculik itu masih berlangsung dan kita berharap dia dapat dibebaskan," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga Zakiah di Kampung Tinuhan, Tenghilan, di sini. - lebih 80 panggilan telefon diterima keluarga Zakiah Aliep