Perintah berkurung 6 daerah di Sabah dilanjut


Perintah berkurung 6 daerah di Sabah dilanjut
Perintah berkurung 6 daerah di Sabah dilanjut | KOTA KINABALU: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau dilanjutkan mulai 7 hingga 22 November ini.

Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai lalu memasuki fasa ketujuh selepas fasa keenam akan berakhir, esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata lanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas pihaknya masih menerima maklumat berhubung ancaman jenayah di kawasan terbabit termasuk pencerobohan dan penculikan.

"Perintah berkenaan juga dilanjutkan kerana kita mahu menyekat secara menyeluruh aktiviti penyeludupan dengan menyekat semua laluan-laluan yang sering digunakan mereka," katanya.

Sumber : Perintah berkurung 6 daerah di Sabah dilanjut