Anggota polis maut nahas dekat IPK Sabah
Anggota polis maut nahas dekat IPK Sabah | KOTA KINABALU: Seorang anggota polis maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang lampu di Jalan Kepayan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Koperal Juman Lah, 35, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1, manakala seorang lagi penumpang patah kaki dan pemandu hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Putatan.
Beliau berkata, mangsa bertugas di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kinarut.
Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Anggota polis maut nahas dekat IPK Sabah