8 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh


8 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh

8 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh | KOTA KINABALU: Sebanyak lapan sekolah di beberapa daerah di Sabah turut ditutup akibat banjir dan terputus hubungan akibat tanah runtuh, pagi ini.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata ia membabitkan 1,972 murid dan pelajar serta 176 guru.

Antara daerah yang terbabit ialah Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud dan Beaufort, katanya.

JALAN dari Penampang menuju Tambunan di Kota Kinabalu ditutup selepas berlaku mendapan tanah berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
8 buah sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh